Penerangan
Daerah Muar, 17 Mac 2022 : Susulan maklumat yang diterima daripada pihak SWCorp Muar, pasukan penguatkuasa JAS Muar telah menjalankan siasatan penguatkuasaan ke atas sebuah premis pembuatan perabot di Mukim Parit Bakar, Muar.
Hasil siasatan mendapati premis tidak menguruskan buangan terjadual dengan baik. Premis telah dikenakan tindakan kompaun berjumlah RM8,000 bagi kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Notis Arahan di bawah Seksyen 31&37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 juga akan diberikan kepada premis sebagai tindakan susulan.