Penerangan
Daerah Tangkak, 18 Mac 2022: Pasukan penguatkuasa JAS Cawangan Muar telah menjalankan rondaan pencegahan pembakaran terbuka & pemantauan pencemaran sewaktu cuti hujung minggu di sekitar kawasan Serom, Sungai Mati & Kesang, Daerah Tangkak.
Hasil rondaan telah menemui aktiviti pembakaran terbuka yang telah dilakukan oleh premis pusat pengumpulan buah sawit. Premis telah diberi arahan di lapangan supaya tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka dan arahan pemadaman serta merta telah dikeluarkan kepada premis. Pihak premis telah melakukan kerja pemadaman dengan segera.