Penerangan
Kawasan Perindustrian Tebrau II, 16 Mac 2022 : Penguatkuasaan dan pemeriksaan verifikasi dijalankan di sebuah premis yang bukan ditetapkan yang berasaskan makanan & minuman, berdasarkan penerimaan dokumen Akuan Bertulis di bawah Peraturan 5, Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.
??? Hasil penguatkuasaan dan pemeriksaan verifikasi dua (2) "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil tindakan penambahbaikan segera dan mengemukakan semula Akuan Bertulis. Persampelan efluen juga telah dijalankan di takat pelepasan akhir.
Jabatan ingin mengingatkan bahawa pengoperasian sesuatu sistem alat kawalan tidak terhad kepada pelepasan akhir, tetapi juga sistem harus dipantau secara keseluruhan.