Penerangan
19 March 2022 , PONTIAN , Johor : Kilang yang menjalankan aktiviti pembuatan komponen basikal & aksesori memancing yang terletak di Kawasan Perindustrian Pontian telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana telah melepaskan efluen tidak di rawat ke dalam longkang awam.
Hasil siasatan Pihak JAS Johor mendapati terdapat kegagalan terhadap Sistem Pengolahan Effluen Perindustrian (SPEP) di premis yang menyebabkan effluen tidak di rawat dilepaskan . Susulan itu kilang terbabit telah diarahkan untuk menghentikan segala aktiviti operasi secara serta-merta dan perlu mengambil langkah pembaikan dengan kadar segera bagi memastikan pencemaran yang berlaku dapat diatasi.
Selain itu kompaun berjumlah RM 10,000.00 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan Peraturan-Peraturan kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 keatas premis tersebut .