Penerangan
Operasi Ops Gempur kali ini telah diadakan pada 15 Mac sehingga 17 Mac 2022 ke atas premis-premis yang terletak di negeri Perlis. Ops ini melibatkan keseluruhan tenaga bahagian penguatkuasaan JAS Negeri Perlis.
Dengan pelaksanaan Ops Gempur ini dan tindakan penguatkuasaan yang telah diambil diharapkan dapat meningkatkan pematuhan kendiri oleh semua pihak khususnya industri supaya operasi di premis mereka adalah sentiasa mengikut kehendak perundangan dan memastikan kepentingan alam sekitar diberi perhatian serius oleh pihak-pihak yang berkenaan.
Ops ini telah berjaya dilaksanakan dengan meningkatnya pematuhan semasa dan mencapai objektifnya. Siri penguatkuasaan akan terus dijalankan sepanjang masa.
#KementerianAlamSekitarDanAir
#JabatanAlamSekitar
#JASPerlis
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#jasperlis_mac2022