Penerangan
Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk mendapatkan input awal daripada pihak agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam pengurusan insiden tumpahan minyak di perairan Malaysia untuk mengenal pasti isu dan maklumat yang diperlukan untuk merangka keperluan yang akan dimasukkan dalam kajian itu tersebut.
Bengkel ini telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada Jabatan Laut Malaysia , Jabatan Laut Wilayah Selatan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Lembaga Pelabuhan Johor, PETRONAS (HSE), PETRONAS (MPM), PETRONAS (Carigali), PIMMAG dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor