Penerangan
LIPIS, 28 Mac 2022 - JAS Negeri Pahang bersama JAS Cawangan Cameron Highland telah menjalankan Operasi Bersepadu Pemeriksaan Kenderaan Bermotor (Ops Gerak) bersama-sama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan Cawangan Benta di SPK JPJ Benta, Lipis.
Dengan kekuatan seramai sebelas (11) anggota penguatkuasa JAS, sebanyak lebih 85 buah kenderaan diperiksa bagi memantau pelepasan asap daripada kenderaan berenjin diesel.
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan mematuhi undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.