Penerangan
BERA, 26 Mac 2022 - Sambutan Hari Air Sedunia 2022 Peringkat Kebangsaan dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia, bertempat di Taman Awam Bera, Pahang Darul Makmur.
Antara aktiviti yang dianjurkan dan disertai oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang sempena Hari Air Sedunia 2022 Peringkat Kebangsaan, Program Pengumpulan E-Waste dengan jumlah hasil pengumpulan sebanyak 500 kg, program pendaftaran keahlian Rakan Alam Sekitar (RAS) dan aktiviti gotong - royong kutip sampah sambil riadah (KUDAH) dengan penyertaan ahli Rakan Alam Sekitar (RAS).
Di booth pameran Jabatan Alam Sekitar YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia, melancarkan gimik Program Pengumpulan E-Waste sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2022 Peringkat Kebangsaan. Turut hadir YB Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang dan YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air.