Penerangan
BERA, 25 Mac 2022 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang menganjurkan Program Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik (e-waste) sempena Hari Air Sedunia 2022 Peringkat Kebangsaan bertempat di Tapak Kiosk Kitar Semula Taman Permai, Bera.
Program kerjasama dengan Majlis Daerah Bera, SWCorp, Jaring Metal Industries serta rakan strategik bertujuan memberikan kesedaran mengenai tatacara pelupusan e-waste yang betul dan di samping itu Program Pendaftaran Keahlian Rakan Alam Sekitar dijalankan serentak untuk menggalakan komuniti setempat untuk menyertai Rakan Alam Sekitar.
"E-waste Dikitar, Bumi Terpelihara"