Penerangan
CAMERON HIGHLANDS, 16 Mac 2022 - Pegawai JAS Negeri Pahang, serta wakil dari Jabatan Perhutanan, JPS, PAIP, PlanMalaysia, Jabatan Pertanian, JAKOA, dan PDT serta pemaju projek dan perunding telah mengadakan lawatan ke tapak bagi satu permohonan kelulusan EIA bagi aktiviti di bawah Jadual Pertama, Perintah EIA 2015 iaitu aktiviti pembangunan di kawasan cerun di Mukim Ulu Telom, Daerah Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur.
Tujuan lawatan adalah untuk memeriksa keadaan semasa tapak projek dan lokasi-lokasi yang berkaitan dengan kesan impak alam sekitar disebabkan oleh projek ini, bagi memastikan maklumat yang ada di tapak cadangan projek menepati kehendak Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sebelum laporan EIA diluluskan.