PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN DITERUSKAN PADA HUJUNG MINGGU

DOE Perlis 15/04/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN DITERUSKAN PADA HUJUNG MINGGU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
31/03/2022
Organisasi
DOE Perlis
Lokasi
Perlis

Penerangan

26 Mac 2022, Kangar - Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT) dan pemantauan pencemaran terhadap premis dilaksanakan bagi memastikan isu-isu pencemaran di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dapat dikawal. Rondaan dijalankan di sekitar kawasan Seriab, Jalan Abi, Kawasan Perindustrian Bukit Keteri, Padang Besar, Pauh dan Beseri serta kawasan yang sering terbakar semasa musim panas di Negeri Perlis ketika ini. Tiada pembakaran terbuka dikesan dan tiada sebarang pelepasan yang mencurigakan daripada premis sepanjang rondaan. Jabatan ini menyeru orang ramai supaya tampil membuat aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #jasperlis #alamsekitartanggungjawabbersama #jasperlis_mac2022

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan