Penerangan
26 Mac, Kangar - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis telah bekerjasama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis bagi menjayakan Kempen Penanaman Pokok Sempena Sambutan Hari Bumi Dan Program Penghijauan Malaysia Peringkat Negeri Perlis 2022.
Program telah disertai oleh agensi kerajaan, swasta, badan NGO dan institusi pengajian tinggi. Turut diadakan aktiviti kutip sampah sambil riadah (KUDAH) di sekitar kawasan pesisir laut di Kompleks KOMALAUT, Kuala Perlis, Perlis.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jasperlis
#alamsekitartanggungjawabbersama
#jasperlis_mac2022