Penerangan
19 Mac 2022, Kuala Terengganu - Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus memantau dan menjalankan rondaan ke atas punca-punca yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan di sekitar Kg. Tepus, Kg. Pecah Rotan, Baru Rakit, Lembah Bidong, Kg. Bari, Rhu Sepuluh, Kg. Merang, Kg. Telaga Papan, Kg. Saujana, Tembila, Kg.Raja dan Besut, mendapati tiada pembakaran terbuka dikesan sepanjang laluan rondaan dijalankan.
Walau bagaimanapun , pemasangan banner larangan pembakaran terbuka telah dilakukan di Kg. Bari Kecil, Setiu yg terdapat longgokan pokok yg ditebang. Ini sebagai usaha bagi memaklumkan kpd tuan tanah dan penduduk sekitarnya.
Pemantauan kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Gong Medang, Tembila, Besut, juga didapati tiada pencemaran dikesan.