PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PENCEMARAN TERUS DIPANTAU -JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 27/03/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PENCEMARAN TERUS DIPANTAU -JAS TERENGGANU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
27/03/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

5 Mac 2022, Kuala Terengganu - Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus memantau dan menjalankan  rondaan ke atas punca-punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Rondaan di sekitar Kuala Terengganu, Batu Buruk, Kelulut, Rusila, Pulau Kerengga, Jambu Bongkok, Rantau Abang, Pantai Tanjong Jara, Bandar Dungun, Bukit Bauk, Kawasan  Industri Paka, Pantai Paka, Tebing Tembah, Dungun, Rantau Abang, Alor Toman, Kawasan Industri Bukit Khor, Seberang Marang dan Rhu Muda, didapati tiada pembakaran terbuka dikesan. Pemantauan di kawasan penempatan kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Paka dan Cacar tiada pencemaran habuk kelihatan dan bau dikesan. Pemantauan di kawasan persisiran Pantai Gong Balai, Merchang, mendapati tiada pencemaran “tarball” dijumpai disepanjang pantai tersebut.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan