PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU TERUS MEMANTAU PENCEMARAN -JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 27/03/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU TERUS MEMANTAU PENCEMARAN -JAS TERENGGANU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
27/03/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

18 Mac 2022, Kuala Terengganu – Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus  memantau punca-punca di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Hari ini, pemantauan dan rondaan ini, telah dilakukan di sekitar Kuala Terengganu, Wakaf Tapai, Ajil, Kuala Berang, Tapak Pelupusan Sampah Batu 12, Durian Kasim, Peroh, Landas, Jerangau, Kg Wa, Serdang, Che Lijah, Rantau Abang, Jambu Bongkok, Pulau Kerengga, Batu Putih, Kijing dan Kuala Ibai. Tiada Pembakaran Terbuka dikesan sepanjang laluan rondaan tersebut dijalankan. Pemasangan banner larangan pembakaran terbuka turut dilakjukan di kawasan  yang terdapat longgokan pokok yg ditebang bagi memakkumkan kepada pemilik  tanah dan penduduk sekitarnya. Pemantauan kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Wakaf Tapai  dan Kawasan Perindustrian Ajil, tiada pencemaran dikesan. Selain itu, hasil siasatan keatas  aduan pembakaran terbuka di Kg Alor Atas Tol , telah  mengesan, pembakaran terbuka  sampah sarap yang berskala kecil.  Pelaku didapati tiada dirumah. Walau bagaimanapun risalah larangan pembakaran terbuka  telah ditinggalkan, agar perkara tersebut tidak diulangi.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan