Penerangan
11 Mac 2022, Kuala Terengganu - Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus memantau dan menjalankan rondaan ke atas punca-punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.
Rondaan pada hari ini telah dilakukan sekitar Kuala Terengganu, Marang, Merchang, Rantau Abang, Dungun dan Paka. Tiada pembakaran terbuka dikesan sepanjang rondaan dijalankan.
Walau bagaimanapun beberapa longgokan pokok-pokok hasil pembersihan tanah bagi tujuan penempatan baru di Kg Binjai, Dungun. telah dijumpai. Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang di kawasan berkenaan sebagai usaha pencegahan.
Pemantauan di penempatan kilang-kilang turut dilakukan di kawasan Paka dan didapati tiada sebarang aktiviti pelepasan minyak dan bendasing dikesan.
Pemeriksaan di tempat pembuangan sisa kumbahan IWK di Bukit Kemudu juga dilakukan. Tiada sebarang limpahan kumbahan ke alur air dikesan.