Penerangan
KOMITMEN BERTERUSAN MENCEGAH DAN MEMANTAU PENCEMARAN
18 Mac 2022, Kemaman - Pasukan penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman telah menjalankan rondaan bagi mencegah dan memantau punca-punca yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Hari ini, rondaan dan pemantauan telah dilakukan di Kuala Kemaman, Geliga, Bandar Kemaman, Bakau Tinggi, Bukit Kuang, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong dan Chukai.
Penempatan kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong menjadi fokus utama rondaan dan pemantaua. Didapati tiada aktiviti abnormal dikesan.