Penerangan
PASUKAN PENGUATKUASA TERUS BERSIAP SIAGA MENCEGAH DAN MEMANTAU PENCEMARAN
11 Mac 2022, Kemaman - Pasukan penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman telah menjalankan rondaan dan pemantauan ke atas punca-punca yang tertakluk di bawah bidang kuasa dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Rondaan telah dilakukan di sekitar Gong Limau, Kg Besut, Bukit Kuang, Kawasan Perindustrian Telok Kalong, Kijal, Kemasik, Kawasan Perindustrian Kerteh, Bakau Tinggi dan Chukai. Tiada pembakaran terbuka dikesan di sepanjang laluan rondaan yang dijalankan.
Pemantauan premis telah dijalankan di Kawasan Perindustrian Kerteh & Telok Kalong, tiada kejadian yang mencurigakan dan abnormal dijumpai.