Penerangan
25 Mac 2022, Kuala Terengganu - Punca-punca pencemaran yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar, terus dipantau bagi mencegah pencemaran yang berpotensi menganggu kesejahteraan hidup seluruh masyarakat .
Rondaan dan pemantauan hari ini dilakukan, sekitar kawasan Batu Enam, Gong Badak, Bandar Baru Kuala Nerus, Kawasan Perindustrian Gong Badak, Seberang Takir, Wakaf Tengah dan Batu Rakit.
Hasil rondaan dan pemantauan ini, mendapati tiada sebarang pembakaran terbuka dan pencemaran sungai dikesan.
Pemantauan turut dijalankan di sekitar kawasan perairan Pantai Tok Jembal dan Teluk Ketapang, mendapati tiada pencemaran 'tarball' atau tumpahan minyak dikesan.
Tinjauan ke atas operasi premis di sekitar Kawasan Perindustrian Gong Badak dan Batu Rakit, didapati tiada pencemaran dikesan.