Penerangan
26 Mac 2022, Kuala Terengganu – Penguatkuasaan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, menjadi fokus utama , pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu
Komitmen bertugas pada hujung minggu dalam menjalankan pemantauan pencemaran demi kesejahteraan hidup seluruh masyarakat, khususnya di negeri ini, terus dilaksanakan .
Pemantauan yang melibatkan rondaan di jajaran Jalan Raya Utama yang menghubungkan Daerah Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Setiu, Besut dan Kuala Nerus. Tiada pembakaran terbuka dikesan yang melibatkan kelima-lima daerah ini.
Banner larangan pembakaran terbuka telah dipasang dibeberapa lokasi yang ditemui, sebagai usaha pencegahan dan amaran kepada orang awam yang terlibat supaya aktiviti tersebut tidak diteruskan.
Pemantauan kilang-kilang di Kawasan Perindustrian Gong Medang, Besut, juga dilakukan. Tiada sebarang aktiviti abnormal dan mencurigakan ditemui.