PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Mesyuarat

Sesi Libat Urus Penyelarasan Pelaksanaan Program Kokurikulum Bersama Agensi Luar oleh Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

DOE Sabah 25/03/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Sesi Libat Urus Penyelarasan Pelaksanaan Program Kokurikulum Bersama Agensi Luar oleh Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
25/03/2022
Organisasi
DOE Sabah
Lokasi
Sabah>KOTA KINABALU

Penerangan

?? Sesi Libat Urus Penyelarasan Pelaksanaan Program Kokurikulum Bersama Agensi Luar oleh Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah ?? ?? Tarikh : 22 Mac 2022 (Selasa) ? Masa : 2.30 ptg – 5.00 ptg ?? Tempat: Bilik Simpang Mengayau, Wisma Pendidikan Negeri Sabah ??????? Pengerusi : Tuan Muddin Beting, Timbalan Pengarah, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) ??????????? Kehadiran : Pelbagai agensi berkaitan termasuk JPAS, Sabah Park dan Jabatan Hidupan Liar Sabah ????Wakil JAS Sabah : PPK ADY ???? Perkara yang dibincangkan: 1?? Tuan Pengerusi menerangkan fungsi Sektor Pembangunan Murid, JPNS serta memperkenalkan kakitangan-kakitangan yang bertugas dalam sektor tersebut untuk makluman dan kemudahan kepada ahli-ahli mesyuarat yang mungkin mempunyai urusan berkaitan pengurusan program melibatkan pelajar-pelajar sekolah di masa akan datang. 2?? Pihak JPNS memaklumkan sebarang program yang ingin dilakukan melibatkan pelajar-pelajar sekolah (Darjah 1 sehingga Tingkatan 6) dinasihatkan agar mengemukakan surat makluman dan membuat permohonan kepada pihak JPNS. Ini bertujuan agar pihak JPNS mengambil maklum program tersebut dan pelajar-pelajar yang terlibat dapat menuntut markah penilaian berdasarkan kategori yang sesuai. JPNS juga memaklumkan bahawa sekiranya pihak agensi tersebut tidak memaklumkan atau membuat permohonan program kepada JPNS, dikuatiri pelajar tersebut hanya boleh menuntut markah setakat peringkat sekolah dan bukannya peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contoh, pelajar yang terlibat dengan program SERASI hanya dapat menuntut markah peringkat sekolah sahaja dan bukannya peringkat negeri sekiranya pihak penganjur JAS/JPAS tidak membuat pemakluman/permohonan program SERASI kepada JPNS. 3?? Pihak penganjur program juga dinasihatkan oleh pihak JPNS untuk menggalakkan para pelajar yang mengikuti program anjuran terutamanya yang berbentuk fizikal seperti sukan air, dan sebagainya untuk mengisi borang Surat Akuan Kebenaran Waris Menyertai Aktiviti. Contoh borang tersebut juga telah diberikan semasa mesyuarat untuk rujukan ahli mesyuarat. Sesi libat urus diakhiri dan sesi Q&A dan perbincangan isu-isu semasa.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan