PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM KOMUNITI BAGI MEMPROMOSIKAN KESEDARAN PEMBAKARAN TANAH GAMBUT DAN LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA ANJURAN JAS NEGERI SEMBILAN

DOE Negeri Sembilan 25/03/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM KOMUNITI BAGI MEMPROMOSIKAN KESEDARAN PEMBAKARAN TANAH GAMBUT DAN LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA ANJURAN JAS NEGERI SEMBILAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
25/03/2022
Organisasi
DOE Negeri Sembilan

Penerangan

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM KOMUNITI BAGI MEMPROMOSIKAN KESEDARAN PEMBAKARAN TANAH GAMBUT DAN LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA ANJURAN JAS NEGERI SEMBILAN 23 Mac 2022, Bandar Enstek – Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek telah menganjurkan Majlis Perasmian Program Komuniti Bagi Mempromosikan Kesedaran Pembakaran Tanah Gambut dan Larangan Pembakaran Terbuka Peringkat Negeri Sembilan hari ini bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon. Turut hadir adalah Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik Bandar Enstek, Encik Romai Noor bin Rabbu. Jemputan kehormat lain yang bersama-sama hadir memeriahkan majlis adalah Tuan Haji Norlisam Hj Mohd Nordin, Pengurus Besar Korporat SWM Environment dan Puan Nurul Liza Mohd Najib, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Kerajaan SWM Environment Negeri Sembilan. Program komuniti ini adalah bersempena sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022 dengan kerjasama erat Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek. Agensi lain yang turut menjadi rakan strategik program ini adalah SWM Environment Negeri Sembilan, Summit 2 Private School Seremban 2, SWCorp Negeri Sembilan dan Pertubuhan Generasi Peduli Sampah. Program kerjasama agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan ini diadakan bertujuan mempromosikan dan memberikan pendidikan dan kesedaran kepada komuniti mengenai kepentingan mematuhi larangan pembakaran terbuka, tatacara pengurusan terbaik tanah gambut dan mempromosikan kepentingan teknologi hijau.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan