Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PROGRAM PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) ANJURAN JAS NEGERI SEMBILAN SEMASA PROGRAM KESEDARAN TANAH GAMBUT DAN LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA
- Tahun
- 2022
- Tarikh Keluaran
- 25/03/2022
- Organisasi
- DOE Negeri Sembilan
Penerangan
PROGRAM PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) ANJURAN JAS NEGERI SEMBILAN SEMASA PROGRAM KESEDARAN TANAH GAMBUT DAN LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA
23 Mac 2022, Bandar Enstek – Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah menganjurkan program pengumpulan buangan elektrik dan elektronik (e-waste) semasa program kesedaran mengenai pembakaran tanah gambut dan larangan pembakaran terbuka hari ini bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek.
Program kerjasama dengan SWM Environment Negeri Sembilan melalui Program KITARecycle yang dibangunkan oleh SWM Environment ini bertujuan memberikan kesedaran mengenai tatacara pelupusan e-waste yang betul. SWM Environment bukan sahaja menerima buangan e-waste malah barangan kitar semula yang lain turut diterima bagi tujuan pelupusan.
Program yang diadakan adalah bersempena sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022 dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek.