Penerangan
PROGRAM 1RAS 1POKOK ANJURAN JAS NEGERI SEMBILAN SEMASA PROGRAM KESEDARAN TANAH GAMBUT DAN LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA
23 Mac 2022, Bandar Enstek – Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah menganjurkan program 1 RAS 1 POKOK semasa program kesedaran mengenai pembakaran tanah gambut dan larangan pembakaran terbuka hari ini bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek.
Sebanyak 50 anak pokok telah disumbangkan oleh Summit 2 Private School, Seremban 2 untuk ditanam di sekitar kawasan Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek.
Turut diadakan gimik perasmian penanaman pokok oleh tetamu-tetamu kehormat program iaitu Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon dan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik Bandar Enstek, Encik Romai Noor bin Rabbu.
Program yang diadakan adalah bersempena sambutan Hari Bumi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022 dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Bandar Enstek.