PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Operasi Bersepadu Hentikan Operasi Kilang

DOE Melaka 25/03/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Operasi Bersepadu Hentikan Operasi Kilang
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
25/03/2022
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

23 Mac 2022, MELAKA – Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka (JASNM) telah selesai menjalankan Ops Gempur Bil 3/2022 ke atas premis-premis yang bukan ditetapkan (PYBDT) pada 23 Mac 2022. Operasi bersepadu dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) ini melibatkan seramai 18 anggota penguatkuasa dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka dan 8 anggota penguatkuasa dari MBMB. Sebanyak 7 premis telah diperiksa yang membawa kepada 7 Arahan di Lapangan, 1 Kompaun, dan 4 Notis Arahan telah diambil tindakan oleh JASNM. Hasil daripada operasi ini juga, 1 Notis dan 1 kompaun di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta 133 Jalan, Parit dan Bangunan 1974 telah dikeluarkan oleh MBMB. Orang awam diminta untuk menyalurkan aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected]. #KementerianAlamSekitarDanAir #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasnegerimelaka

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan