Penerangan
2 Mac 2022, Kuala Terengganu- Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu sentiasa membuka ruang untuk pihak industri mengadakan sesi perbincangan bagi mematuhi keperluan Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974.
YBrs. Encik Mohd Norli bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan , Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu bersama-sama Ketua Unit EIA, JAS Terengganu telah mengadakan sesi perbincangan bagi memberi khidmat nasihat berkenaan pematuhan syarat kepada pihak industri bagi operasi projek yang tertakluk di bawah Akta berkenaan.
JAS Terengganu sentiasa terbuka dan tidak akan menghalang sebarang projek pembangunan dan industri yang memenuhi keperluan garis panduan dan Akta.