PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

KEMPEN TIADA BEG PLASTIK DAN PEMBERIAN PENYEDUT MINUMAN ATAS PERMINTAAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DILANCARKAN-JAS TERENGGANU

DOE Terengganu 23/03/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KEMPEN TIADA BEG PLASTIK DAN PEMBERIAN PENYEDUT MINUMAN ATAS PERMINTAAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DILANCARKAN-JAS TERENGGANU
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
23/03/2022
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

22 Mac 2022, Kuala Terengganu- “Kempen Tiada Beg Plastik Dan Pemberian Penyedut Minuman Atas Permintaan” , Peringkat Negeri Terengganu telah berjaya dilancarkan pada hari ini. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Shamsuri Bin Mokhtar, Menteri Besar, Terengganu di Ruang Legar Foyer Tingkat U2, Wisma Darul Iman. Kempen ini merupakan salah satu usaha dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dan penyedut minuman yang mana membantu menjaga kelestarian alam sekitar demi generasi masa depan. Inisiatif ini juga sejajar dengan Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018 – 2030 yang telah dilancarkan pada Oktober 2018 yang lalu. Kehadiran JAS Terengganu dalam kempen ini bagi memberi sokongan kepada usaha-usaha Kerajaan Negeri dalam memberi penekanan kepada aspek-aspek keseimbangan dalam perlindungan alam sekitar untuk kesejahteraan masyarakat, sekaligus dalam menjayakan hasrat kerajaan untuk mencapai status negara maju.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan