PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PEMANTAUAN DRON MENCEGAH PENCEMARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR KELANTAN

DOE Kelantan 23/03/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMANTAUAN DRON MENCEGAH PENCEMARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR KELANTAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
23/03/2022
Organisasi
DOE Kelantan
Lokasi
Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan>kelantan

Penerangan

PEMANTAUAN DRON MENCEGAH PENCEMARAN OLEH JABATAN ALAM SEKITAR KELANTAN 12 Mac 2022, Kota Bharu – Jabatan Alam Sekitar Kelantan turut menjalankan pemantauan melalui dron di beberapa kawasan dalam usaha mengesan dan mencegah pencemaran alam sekitar. Aktiviti pencegahan pencemaran alam sekitar melalui dron ini telah dilakukan oleh pasukan pemantau Jabatan Alam Sekitar Kelantan dengan memfokuskan pemantauan pembakaran terbuka sekitar Pasir Mas, Kota Bharu , Kelantan. Selain tinjauan dron, pemantauan juga disusuli melalui tinjauan pemeriksaan darat di sekitar kawasan tersebut bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan di bawahnya. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected].

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan