PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) JAS KELANTAN

DOE Kelantan 23/03/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) JAS KELANTAN
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
23/03/2022
Organisasi
DOE Kelantan
Lokasi
Kelantan

Penerangan

RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) JAS KELANTAN 14 Mac 2022, Kota Bharu - Jabatan Alam Sekitar Kelantan komited dalam melaksanakan rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT). Rondaan dilakukan sekitar kawasan Kota Bharu dan Jeli. Terdapat satu pembakaran terbuka di Kg. Jambu Merah, Mukim Padang Raja, Melor. Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melakukan pembakaran terbuka dengan denda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan di atas setiap kesalahan tersebut. Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected]. #KementerianAlamSekitarDanAir #jabatanAlamSekitar #jaskelate2022

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan