RONDAAN OPERASI MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA (OMPT) JAS KELANTAN DAN SIASATAN ADUAN
18 Mac 2022, Bachok - Jabatan Alam Sekitar Kelantan komited dalam melaksanakan rondaan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka (OMPT). Rondaan dilakukan sekitar kawasan Bachok.Pemantauan juga dilakukan di Tapak Pelupusan Sampah Domestik Bachok, Kelantan.
Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 boleh dikenakan kepada sesiapa sahaja yang melakukan pembakaran terbuka dengan denda tidak melebihi RM500,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksimum sebanyak
RM2,000 juga boleh dikenakan di atas setiap kesalahan tersebut.
Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].
#KementerianAlamSekitarDanAir
#jabatanAlamSekitar
#jaskelate2022
#alamsekitartanggungjawabbersama