Penerangan
OPERASI BERSEPADU WAKTU MALAM BERSAMA JPJ, PDRM DAN JABATAN PERHILITAN DAERAH KUALA KRAI
21 Mac 2022, Kuala Krai - Jabatan Alam Sekitar Kelantan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Perhilitan Daerah Kuala Krai telah bekerjasama menjalankan Operasi Bersepadu di Lakloh, 8 Jalan Kota Bharu - Gua Musang. JAS turut menjalankan penguatkuasaan ke atas bunyi bising kenderaan jenis motosikal.
Orang ramai adalah diingatkan supaya tidak mengubahsuai ekzos motosikal sehingga menyebabkan pelepasan bunyi melebihi had yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
#kementerianalamsekitardanair
#jabatanalamsekitar
#jaskelate2022
#alamsekitartanggungjawabbersama