Penerangan
ROMPIN, 20 Mac 2022 - Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang telah menganjurkan Kem Pemanduan dan Pengendalian Kenderaan Pacuan 4 roda (4x4) yang diketuai oleh Pengarah JAS Pahang Tuan Haji Mohd Sani bin Mat Daud, Pegawai Teknikal dan pemandu JAS Negeri Pahang pada 19 hingga 20 Mac 2022 bertempat di Taman Negeri Rompin, Pahang Darul Makmur.
Tujuan aktiviti dianjurkan bagi meningkatkan kemahiran dan pengendalian kenderaan berkenaan mengetahui kaedah penggunaan peralatan pacuan empat roda dengan halangan dan cabaran merentasi laluan 'offroad' dan mengetahui kaedah penggunaan yang betul ketika mendaki, menuruni lereng bukit, menyeberangi sungai atau kawasan berair.