Penerangan
17 Mac 2022, Kuala Terengganu- JAS Terengganu sentiasa menyokong usaha-usaha pelbagai Jabatan dalam menganjurkan program-program yang bertujuan melestarikan alam sekitar.
Sokongan dan komitmen ini ditunjukkan melalui penyertaan dalam Program JOM Hijau yang telah dianjurkan oleh Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN, Besut. di bawah seliaan Tuan Pengarah PUSPEN, YBrs. Encik Arzmi bin Abdullah.
Penglibatan JAS Terengganu dalam menyampaikan ceramah kepada 30 orang kakitangan PUSPEN dan 200 orang Klien pada program ini diharap dapat memberi manfaat dan mesej jelas bahawa, JAS sentiasa bekerjasama dalam memelihara dan memulihara alam sekitar khususnya di negeri ini.