Penerangan
19 Mac 2022 – Kuala Terengganu- Operasi statik pengujian pelepasan asap hitam daripada kenderaan komersial berenjin diesel telah dijalankan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu. Lokasi operasi di Bukit Jong,. Kuala Terengganu.
Dengan kekuatan anggota Polis DiRaja Malaysia (IPD), Kuala Terengganu, seramai 8 orang dan pegawai JAS Terengganu seramai 5 orang, operasi statik ini diadakan pada waktu malam.
Operasi ini bertujuan untuk memastikan semua kenderaan komersial yang berada di atas jalan raya sentiasa berada pada tahap pematuhan yang baik dan mengikut had-had pelepasan yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.