Penerangan
20 Mac 2022 – Kuala Terengganu, YBrs. Encik Ramli bin Abd Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, telah mempengerusikan mesyuarat laporan kajian semula, cadangan modifikasi bagi projek yang tertakluk kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)(Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling) 2015.
Keperluan ini tertakluk di bawah Seksyen 34A.(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, di mana laporan yang disediakan oleh pemaju ini, hendaklah mengikut garispanduan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Laporan ini juga hendaklah mengandungi satu penilaian mengenai kesan kepada alam sekeliling yang mungkin berlaku dan langkah-langkah yang dicadangkan bagi mencegah kesan-kesan yang merugikan alam sekitar.