Penerangan
??? SESI TAKLIMAT BERKENAAN PENGISIAN LAPORAN JKPAK JAS ???
?? Seksyen Pengurusan Aset, Bahagian Pentadbiran & Kewangan, JAS Ibu Pejabat telah mengadakan satu sesi taklimat mengenai Pengisian Laporan JKPAK JAS pada 17 Mac 2022 (Khamis) yang diadakan secara atas talian iaitu melalui Aplikasi Google Meet yang dihadiri oleh para peserta di PC/Laptop/HP masing-masing.
?? Sesi Taklimat ini telah dihadiri seramai lebih 30 orang pegawai aset dan pegawai yang terlibat dalam pengurusan aset dari JAS Negeri dan Bahagian di Ibu Pejabat. Peserta dari JAS Sabah telah diwakili oleh PP(K) NN dan PP FM.
?? Sesi taklimat ini diadakan susulan kuiri daripada Pengurusan Aset Kementerian Alam Sekitar & Air (KASA) berkenaan Laporan JKPAK JAS yang dikemukakan kepada pihak KASA pada suku tahun keempat tahun 2021.
?? Dalam sesi ini, cara dan kaedah yang betul bagi pengisian Laporan Suku Tahun JKPAK yang dihantar kepada Seksyen Pengurusan Aset, JAS Ibu Pejabat ditunjukkan bagi menyelaras dan memberi pemahaman yang lebih lanjut berkenaan pengisian Laporan JKPAK.
?? Kursus ini telah disampaikan oleh Pegawai Aset JAS Putrajaya, Puan Nor Hayati Mohd Rais, Seksyen Pengurusan Aset, Bahagian Pentadbiran & Kewangan, JAS Ibu Pejabat.