Penerangan
TARIKH : 16/3/2022 (RABU)
MASA : 5.00PM - 8.00PM
LOKASI :
- Pasukan tiba di Lokasi Revolusi Hijau Johan Setia Jam 5.00pm. Pasukan peronda menjalankan pantauan pada Jalan Jalan berikut
1. Jalan Kebun Nenas
2. Jalan 10
3. Jalan 9
4. Jalan Tengah 3
-Pemantauan kesemua jalan lajan berikut mendapati keadaan terkawal dan tiada pembakaran terbuka dilakukan.
- Ketika menyusuli jalan 10 pasukan menemui satu tapak pelupusan sampah haram yang baru. Pasukan memeriksa tapak tersebut mendapati pelbagai sampah di buang ditepi jalan sehingga menimbusi parit tanah mengakibatkan aliran air tersekat. Sampah yang berada di lokasi berisiko untuk dibakar oleh orang yang tidak bertanggongjawab.
- Keadaan keseluruhan kawasan Johan setia adalah mendung. Tiada jerebu kelihatan di keseluruhan kawasan kg dan taman² sekitar Johan Setia.
- Ketika pasukan berada di pertengahan Jalan tengah 3, Pasukan melihat satu kepulan asap ke udara yang berada di kawasan Jalan Klang Banting berhampiran restoran makanan segera McD. Pasukan ke lokasi PT dan mendapati 1 FRT Dari Pasukan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dari Balai Andalas dengan kekuatan anggota seramai 4 orang. Setelah pasukan Sampai di lokasi Pasukan Bomba Sudah siap melakukan pemadaman. Data PT telah dicerap. Anggaran keluasan PT terlibat adalah lebih kurang 0.7ekar. Bahan yang terbakar adalah rumput kering. Tindakan bawah Akta kualiti alam sekeliling 1974 akan diambil keatas pemilik.
-Pasukan keluar dari kawasan Johan setia dan melalui jalan Kebun pasukan juga tidak dapat mengesan sebarang aktiviti disekitar kawasan Kampung.
Rondaan di sekitar kawasan mudah terbakar, tanah gambut seperti di Johan Setia. Rondaan mencegah pembakaran terbuka ini akan dijalankan setiap hari. Tindakan Kompaun RM2000 maksimum atau pertuduhan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM500,000 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya.