Penerangan
TEMERLOH, 26 Februari 2022 - Pasukan ronda JAS Negeri Pahang Cawangan Temerloh menjalankan operasi mencegah pembakaran terbuka (OMPT) pada hari hujung minggu sekitar daerah ini. Tindakan pencegahan yang dilaksanakan ialah memasang banner larangan pembakaran terbuka di kawasan - kawasan pembukaan tanah yang berkemungkinan aktiviti pembakaran terbuka dilakukan bagi melupuskan sisa-sisa kayu.
Aktiviti pembakaran terbuka merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di mana pelaku boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.00 atau dikenakan denda maksima sebanyak RM 500,00.00 atau dipenjara tidak melebihi lima (5) tahun.
Pasukan ronda juga menjalankan penguatkuasaan di premis bancuhan simen yang beroperasi sekitar daerah ini bagi memastikan pematuhan terhadap kehendak peraturan-peraturan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.