Penerangan
PEMERIKSAAN ADUAN RAKYAT UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT DI NEGERI PAHANG
KUANTAN, 24 Februari 2022 - Susulan aduan rakyat yang diterima melalui Adun Beserah, YB Andansura Rabu, JAS Negeri Pahang dengan kekuatan seramai lima (5) anggota penguatkuasa telah membuat pemeriksaan di 2 lokasi bersama-sama pegawai Indah Water Konsortium (IWK).
Orang ramai boleh melaporkan sebarang aduan kepada Jabatan ini khususnya kegagalan loji kumbahan beroperasi dengan baik supaya loji-loji kumbahan sentiasa mematuhi undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009.