Penerangan
TEMERLOH, 23 Februari 2022 - JAS Negeri Pahang telah menjalankan Operasi Bersepadu Pemeriksaan Kenderaan Bermotor (Ops Gerak) bersama-sama Bahagian Penguatkuasaan Trafik LPT dan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pahang di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Temerloh.
Dengan kekuatan seramai lima (5) anggota penguatkuasa JAS Negeri Pahang, semua kenderaan yang melalui Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Kuala Lumpur telah ditahan dan diuji meter bagi memantau pelepasan asap daripada kenderaan berenjin diesel.
Orang ramai diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan mematuhi undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.