PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU PEMERIKSAAN KENDERAAN BERMOTOR (OPS STATIK) NEGERI PAHANG

DOE Pahang 18/03/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
OPERASI BERSEPADU PEMERIKSAAN KENDERAAN BERMOTOR (OPS STATIK) NEGERI PAHANG
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
18/03/2022
Organisasi
DOE Pahang
Lokasi
Pahang

Penerangan

KUANTAN, 19 Februari 2022 - JAS Negeri Pahang telah menjalankan Operasi Bersepadu Pemeriksaan Kenderaan Bermotor (Ops Statik) bersama-sama Bahagian Penguatkuasaan Trafik LPT dan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pahang di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Gambang. Dengan kekuatan enam (6) anggota penguatkuasa JAS Negeri Pahang, semua kenderaan yang yang melalui Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Kuala Lumpur telah ditahan dan diuji meter bagi memantau pelepasan asap daripada kenderaan berenjin diesel. Orang ramai diingatkan supaya sentiasa memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan mematuhi undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan