Penerangan
CAMERON HIGHLANDS, 11 Februari 2022 - Pasukan pegawai penguatkuasa JAS Cawangan Cameron Highlands telah melaksanakan Ops Gempur dan pemeriksaan ke atas premis PYBDT di sekitar daerah Cameron Highlands serta daerah Lipis bermula pada 9 sehingga 10 Februari 2022.
Arahan Field Citation telah diberikan kepada semua premis yang terlibat untuk tindakan penambahbaikan segera di lapangan manakala 3 Notis Arahan dan 2 kompaun dikeluarkan dibawah kesalahan peraturan yang berkaitan.
Persampelan efluen kumbahan juga dilakukan untuk mengenalpasti status pelepasan premis yang menjana kumbahan dan tindakan penguatkuasaan susulan tegas akan diambil jika terdapat ketidakpatuhan terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan dibawahnya.
JAS mengingatkan kepada semua premis agar sentiasa mematuhi AKAS 1974 bagi tiada tindakan undang-undang akan dikenakan.