PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

KEBAKARAN DI LADANG KELAPA SAWIT, CHERATING

DOE Pahang 18/03/2022 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
KEBAKARAN DI LADANG KELAPA SAWIT, CHERATING
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
18/03/2022
Organisasi
DOE Pahang
Lokasi
Pahang

Penerangan

GEBENG, 29 JANUARI 2022 – Susulan kepada kejadian kebakaran di sebuah ladang kelapa sawit semalam, pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Gebeng sedang melakukan siasatan, rondaan serta pemantauan dikawasan tersebut dan sekitarnya. Pasukan Bomba dan Penyelamat Gebeng serta pihak pengurusan dan kakitangan ladang telah bertungkus lumus menjalankan kerja-kerja pemadaman dan mengawal kebakaran. Tinjauan melalui dron mendapati keadaan kebakaran bertambah baik daripada hari sebelumnya dan terkawal. Orang ramai adalah diingatkan supaya TIDAK melakukan pembakaran terbuka yang boleh memburukkan kualiti udara di kawasan sekitar. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.00. JAS sedang mengaktifkan Pelan Tindakan Pencegahan Pembakaran Terbuka dan Prosedur Tetap Operasi (SOP) untuk program pencegahan kebakaran di tanah gambut bagi menghadapi cuaca panas buat masa ini.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan