Penerangan
GEBENG, 26 Januari 2022 – Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang dan JAS Cawangan Gebeng telah menjumpai satu kesan pembakaran terbuka di kawasan belukar tanah berpasir semasa menjalankan rondaan.
Banner Larangan Pembakaran Terbuka telah di pasang dikawasan tersebut. Orang ramai juga diminta untuk tidak melakukan aktiviti pencerobohan tanah dan melakukan pembakaran terbuka. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.00.
JAS sedang mengaktifkan Pelan Tindakan Pencegahan Pembakaran Terbuka dan Prosedur Tetap Operasi (SOP) untuk program pencegahan kebakaran di tanah gambut bagi menghadapi cuaca panas buat masa ini.