PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS PAHANG KOMITED TANGANI ADUAN PENCEMARAN DARI ORANG AWAM

DOE Pahang 18/03/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS PAHANG KOMITED TANGANI ADUAN PENCEMARAN DARI ORANG AWAM
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
18/03/2022
Organisasi
DOE Pahang
Lokasi
Pahang

Penerangan

BENTONG, 26 Januari 2022 - Susulan aduan yang diterima dari orang awam berkaitan pencemaran sungai di kawasan Sg. Dua, Jabatan Alam Sekitar Cawangan Temerloh telah menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan di kilang berdekatan untuk mengenalpasti punca pencemaran. Pemeriksaan dijalankan ke atas pelepasan efluen daripada Sistem Pengolahan Efluen Perindustrian (SPEP) kilang bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan yang berkaitan dan sungai tidak tercemar akibat pelepasan efluen yang dilakukan. Mana-mana kilang yang melepaskan efluen atau kumbahan di Daerah Bentong hendaklah mematuhi had pelepasan standard A yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan