Penerangan
GEBENG, 25 JANUARI 2022 – Jabatan Alam Sekitar Cawangan Gebeng telah menjumpai satu pembakaran terbuka di kawasan tanah gambut semasa menjalankan rondaan dan pemeriksaan infrastruktur tanah gambut iaitu sekatan saliran (check dam).
Pegawai JAS telah menghubungi Balai Bomba Gebeng untuk tindakan dan kawalan segera. Tindakan pantas pasukan Bomba berjaya memadam dan mengawal kebakaran sepenuhnya.
Orang ramai juga diminta untuk tidak melakukan aktiviti pencerobohan tanah dan melakukan pembakaran terbuka. Kesalahan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.00.
JAS sedang mengaktifkan Pelan Tindakan Pencegahan Pembakaran Terbuka dan Prosedur Tetap Operasi (SOP) untuk program pencegahan kebakaran di tanah gambut bagi menghadapi cuaca panas buat masa ini.