Penerangan
KUANTAN, 25 Januari 2022- Pegawai penguatkuasa JAS Negeri Pahang telah menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan ke atas Premis Yang Ditetapkan (PYDT) Kilang Kelapa Sawit dan Premis Yang Bukan Ditetapkan (PYBDT) pada 24-25 Januari 2022.
JAS Negeri Pahang telah mengeluarkan 2 kompaun, 3 notis arahan dan 9 arahan lapangan bertulis terhadap 9 premis yang telah diperiksa. 3 set sampel percontohan efluen kilang kelapa sawit juga telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa. Pemeriksaan secara berkala akan diteruskan bagi memastikan semua premis dan industri yang beroperasi mematuhi setiap peraturan yang tertakluk dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Penguatkuasaan ini dilakukan mengikut SOP yang telah digariskan oleh pihak KKM dan MKN.