PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN DAN PEMANTAUAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DI JOHAN SETIA 15 MAC 2022

DOE Selangor 18/03/2022 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN DAN PEMANTAUAN MENCEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DI JOHAN SETIA 15 MAC 2022
Tahun
2022
Tarikh Keluaran
18/03/2022
Organisasi
DOE Selangor

Penerangan

TARIKH : 15/03/2022 (Selasa) MASA : 5.00pm - 8.00pm LOKASI:- - Pasukan peronda menjalankan rondaan di sekitar kawasan Johan Setia melibatkan laluan: 1. Jalan Johan Setia 2. Jalan Mat Yudin 3. Kws WCE 4. Jalan Tengah 2 5. Jalan Kebun Nenas 6. Jalan Sekolah 7. Jalan Tengah 1 8. Jalan Sopan 9. Jalan Pemurah 10. Jalan Halia Muda - Keadaan cuaca baik di sekitar kawasan pertanian Johan Setia. - Rondaan dimulai dari Jalan Johan Setia dan melalui jalan-jalan seperti senarai di atas. - Pemerhatian keadaan parit /alur air / anak sungai mendapati paras air adalah sederhana tinggi. - Tiada sebarang aktiviti pembakaran terbuka mahupun pembaraan dikesan di sepanjang jalan-jalan yang dilalui. - Di lain-lain lokasi tiada juga sebarang aktiviti pembakaran terbuka dilakukan bagi tujuan pembersihan kebun pertanian. - Secara keseluruhan pasukan rondaan berpandangan keadaan di kawasan pertanian Johan Setia adalah dalam keadaaan baik dan terkawal.   Rondaan di sekitar kawasan mudah terbakar, tanah gambut seperti di Johan Setia. Rondaan mencegah pembakaran terbuka ini akan dijalankan setiap hari. Tindakan Kompaun RM2000 maksimum atau pertuduhan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang mana jika disabitkan kesalahan boleh didenda RM500,000 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan