Penerangan
KOLOKIUM TEKNIK PENGGUNAAN CAMERA DIGITAL DAN PEMASANGAN BAHAN-BAHAN PAMERAN ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR (JAS)
11 MAC 2021, Seremban - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah menganjurkan Kolokium Teknik Penggunaan Camera Digital Dan Pemasangan Bahan-Bahan Pameran Anjuran Jabatan Alam Sekitar (JAS) bertempat di Bilik Taklimat, JAS Negeri Sembilan.
Bengkel yang dirasmikan oleh En. Azhar Bin Saran, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Media & Komunikasi Korporat JAS Ibu Pejabat ini telah disertai oleh pegawai-pegawai JAS Negeri Sembilan.
Taklimat dan sesi hands on telah disampaikan oleh pegawai-pegawai kanan dari Seksyen Media & Komunikasi Korporat, JAS Ibu Pejabat.
Kolokium ini dapat meningkatkan pengetahuan pegawai-pegawai JAS dalam penggunaan camera digital dan set pameran yang terkini mengikut. Pengetahuan tersebut dapat membantu pegawai-pegawai JAS dalam menyampaikan maklumat yang tepat berkualiti kepada masyarakat.