Penerangan
BENGKEL HANDS ON ESWIS ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN SIRI 2/2022 DAN PEMATUHAN PERATURAN-PERATURAN KUALITI ALAM SEKELILING (BUANGAN TERJADUAL) 2005 SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2022
.
10 MAC 2022, SEREMBAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan dengan kerjasama Kelab Rekreasi Alam Sekitar JAS Negeri Sembilan telah menganjurkan bengkel ESWIS dan pematuhan Peraturan - Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 sempena sambutan hari bumi bertempat di Bilik Seminar, Tingkat 4, Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan.
.
Bengkel ini yang dihadiri oleh 40 peserta daripada premis industri telah disempurnakan oleh Puan Hajah Azuri Azizah Binti Haji Saedon, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan.
.
Jabatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menyempurnakan bengkel ini